Thursday, 18 June 2015

Bekam

Assalamualaikum. Hi.

Wah wah. Dah lame sangat rasanya tinggalkan blog ni. Terlalu fokus kepada blog (personal) lagi satu beheheh ampunn.

Okay. Sebenarnya nk cerita pengalaman berbekam haritu. Sehari sebelum puasa buat. Memula tu nervouss sangat. Ye la first time kan. Sebelum pegi, tanya kawan yang dah ade pengalaman and dia lah yang suggestkan tempat. Tenkiu Mirah.

Tempat yang I pegi dekat Kemaman ni je la. Secara spesifik tempatnya dekat Banggol Indah berhampiran dengan SMK Banggol and pusat memandu MERIT tuu. Ha area bangunan tu la. Tengah cuti semester kan cari yang dekat dekat jela. Pusat terapi PNA tak silap nama tempat tu. Best tau kat situ. Environment dia Islamik sangat.

Masa pegi tu pagi Rabu. Yg buat bekam tu nama dia Cik Nab. Dah register and check blood pressure semua tetiba acik tu cakap, "alahai acik lupa. harini Rabu. Bekam tk boleh buat hari Rabu". Pulak dah. 15minit ni cik I drive dari rumah. Lagipun bimbang besok lusa tu period. Bekam tk boleh buat time period and I tknak amek risiko berbekam waktu puasa. nanti makruh. Tk dapek pahala puasa tehehe. Lepastu acik tu cakap okay la tkpe la awk datang malam. Maghrib nnti dah masuk hari baru so okay la. Jadi I pun setuju nk datang pukul 10 heh. Bekam tak dilakukan pada hari Rabu dan ketika period (bg perempuan) ye.

So malam tu datang balik. Dah masuk bilik tu dia suruh tukarkan pakaian dia la. Oh ye. I buat untuk buang angin. Badan ni memang banyak sangat angin sbb tu cepat naik angin bahaha.

Macam macam soalan I tanya. Sebelum meniarap tanya dulu, sakit tak. Haha penakut pahit betul. acik tu cakap sakit la sikit. Sebenarnya dari siang dah ready untuk sakit bekam.

Sebelum mula tu kena baca al-Fatihah, ayat Kursi and selawat. Memula acik tu sapu ubat anti saptik. Taknak bagi kuman kan. And then sapu minyak. Pastu acik tu test pam sbb nk tanda tempat kut. Tak sakit sangat just terkejut sikit je behehe. Dah tanda tempat tempat tertentu dia pun terus cucuk. Cucuk tu guna jarum untuk check diabetes tu. Satu tempat 33kali cucuk. Laju pulak tu. Seram kan? Bahaha. Dah siap cucuk, terus pam cup. Masa ni la start rasa sakit sikit. I yang banyak lemak ni pun terasa sakit diee. Dekat bahu okay lagi. Sampai pinggang, peh. Sakit ngilu. Memula je la. Oh ye satu sesi 3 kali jugak buat. 3 kali jugak la kene cucuk 33kali tu. Bayangkan kawan kawan. Bayangkann~~. Sepanjang buat tu acik cakap awak selawat banyak banyak ye. Selawat je. InsyaAllah tak sakit. Jangan fikir sangat sakit. Fikir nak sembuh je ye. Acik tu cakap badan I memang banyak sangat angin. Sampaikan cup tu habis berwap jadinya. Nak angkat cup tu pun bunyi "pop". Dah siap sekali buat acik tu lap la darah. Pastu inject lagi sebanyak 33 kali.

Kemudian dah la settle kat badan. Lepas tu muka pulak. Benda yang same la yang buat. Kat muka ni sakit sikit sbb kulit muka kita ni nipis kan. Nak menangis pun ada sbb point dia 3. Oh ye. Banyak sangat darah keluar. Berketul ketul. 3 kali buat, 3 3 tu la darah keluar banyak. Sakit memula tu je la. Lepastu dah kurang. Oh die memang akan pam kuat. Nanti dia melonggar. Dalam 3-4 minit camtu je cup diletakkan.

Kesan buat bekam ni, mata I yang dulunya silau teruk (I memang tk pakai spek mata), terus jadi okay. Okay daripada dulu. Dulu tengok cahaya sikit terus pening and drive asyik nk pakai shades je. SubhanAllah. Kuasa Allah. Badan pun ringan sikit. Bebas angin kejap rasanya heheh. Alhamdulillah. Syukur sangat. Banyak lagi kebaikan bekam ni awak bolehla google ye (I pun google banyak google before pegi tu)

Oh bagi yang tertanya tanya harga per cup tu berapa. Ha sini satu cup 5rm. Tp kalau nk buat untuk angin semua sekali perlukan 20 cups termasuk muka. I ni seriau nk buat banyak banyak just buat 11 cups je malam tu. Acik tu tolak 5rm hehe alhamdulillah. So total bekam I malam tu just 50rm.

Tu jela pengalaman I berbekam. Oh ye kesan lebam berbekam tu akan hilang dalam 3-4 hari cmtu. Paling lama pun seminggu. Nasibla lebam kat muka ni. Semua pandang pelik je hekhek.

Selamat menghidupkan sunnah gais !